17 JENIS-JENIS TUDUNG YANG PERLU TAHU UNTUK SETIAP WANITA



 tudung selendang ekslusif - MyPapillon
Siri eksklusif edisi terhad kami yang  pertama menampilkan penghiasan mewah yang rumit dan mutu kerja yang halus oleh tukang jahit kami yang berkemahiran. Siri ini boleh dipakai ke majlis istimewa. Pelbagai jenis pendetilan digunakan untuk memastikan sifat eksklusifnya  seperti renda, bunga 3D, manik, batu berharga, bulu, labuci dan juga mutiara. Dijahit pada sateen premium untuk bentuk dan aliran yang cantik, ia pasti mencuri perhatian.




Siri cetakan ini diinspirasikan oleh taman bunga paling indah dan menakjubkan dari merata dunia.


3. INNER

 
Dibuat daripada teknologi gentian mikro yang memastikan keselesaan dan kesan penyejukan pada yang memakainya.

Arahan penjagaan: Cucian tangan digalakkan. Jangan rendam. Keringkan pada permukaan rata. Seterika dengan suhu rendah.




Siri ini menampilkan dua pilihan saiz; saiz biasa dan saiz L untuk aktiviti dalam dan luar. Pakaian aktif ringan dan nyaman ini menjamin keselesaan anda sepanjang masa. Tingkatkan pergerakan dan kekal aktif dengan pilihan hijab sukan kami . Hijab segera yang ketat sedikit untuk aktiviti lasak atau  apabila anda perlu memasukkan tudung anda ke dalam baju.




Selendang segera Aïcha merupakan hijab minimalis yang memerlukan penjagaan minimum memandangkan ia dibuat daripada chiffon georgette. Ia menyerupai selendang moden, dan pada masa yang sama memberikan liputan maksimum dengan sengkuap yang lembut. Selendang ini juga mempunyai potongan lebar dan panjang di bahagian depan dan belakang. Anda tidak mungkin tersalah dengan siri ini. Anda akan siap dalam beberapa saat sahaja dengan Aïcha. Ia merupakan penyelamat untuk setiap wanita yang ingin kelihatan bergaya.

  


Dibuat daripada chiffon georgette, selendang ini ialah pilihan terbaik untuk wanita yang ingin kelihatan sofistikated dalam masa beberapa saat sahaja. Selendang segera ini perlu dipakai dengan inner dan memerlukan sekurang-kurangnya satu pin di bahu. Terus kelihatan anggun dan bergaya ketika dan selepas bekerja.

   


Instant ini dibuat daripada royale chiffon dan dipotong dengan hujung yang melengkung. Ia tidak perlu diseterika dan tidak memerlukan pin. Dazzle boleh dijadikan teman perjalanan setia anda dan akan melengkapi gaya anda walaupun pada hari yang sibuk. Katakan Bonjour dengan senyuman untuk memulakan hari anda.





Instant ini dibuat daripada chiffon georgette dan dipotong dengan hujung melengkung. Ia tidak perlu diseterika dan tidak memerlukan pin. Dazzle boleh dijadikan teman perjalanan setia anda dan akan melengkapi gaya anda walaupun pada hari yang sibuk. Katakan Bonjour dengan senyuman untuk memulakan hari anda.





Instant ini merupakan selendang segera kami yang terbaik kerana ia boleh digayakan dengan juga cara; sama ada lepaskannya untuk menutupi belah depan, meletakkan satu hujung masing-masing di kiri dan kanan atau meletakkan dua-dua hujung di sebelah kiri ataupun kanan. Cara penggayaannya semua bergantung kepada anda. Ia mempunyai sengkuap lembut dan terdapat dalam pelbagai warna pastel.

  


Dengan instant ini, anda boleh mencapai gaya paling sofistikated dalam hanya beberapa saat, dan ia juga merupakan hijab yang tidak memerlukan pin. Di bahagian berdekatan dengan pipi terdapat getah elastik untuk memastikan hari anda tidak terganggu ketika anda sedang aktif bergerak. Ini antara yang terbaik dalam siri instant MyPapillon.

  


Double loop semi instant ini dibuat daripada dua pilihan kain. Kain chiffon georgette adalah untuk siri basic manakala premium sateen untuk wanita yang ingin menyempurnakan gaya mereka. Lilitan pertama boleh digayakan kerongsang ataupun pin untuk menyematkan instant ini pada tempatnya.
  
  


Siri premium basics MyPapillon terdiri daripada selendang dan tudung segi empat yang dibuat daripada kain kapas, chiffon georgette, matte sateen, premium sateen dan polysilk. Ia merupakan koleksi yang kembali kepada asas. Siri ini menampilkan tudung satu warna dengan warna-warna baru yang cantik. Ia ketara kelihatan bermutu tinggi.

  


Tudung segi empat kapas ini adalah satu keperluan untuk setiap wanita yang menginginkan keselesaan dan aura semulajadi. Gaya lembut dan manis boleh dicapai dengan siri ini. Tudung segi empat ini, yang menampilkan kain Japanese cotton voile, juga dipakai oleh generasi sebelum kita, ibu-ibu dan nenek-nenek kita. Ia dilengkapkan dengan baby hem yang halus dengan logo besi MyPapillon.

   


Siri eksklusif kami menampilkan selendang satu warna berkualiti tinggi. Kandungan suteranya memberikannya kelembutan yang ringan dan mewah. Bahagian belakangnya yang tidak licin memastikan ia tidak bergerak, sementara bahagian depan yang separa berkilat menunjukkan keanggunan, ideal untuk majlis formal ataupun kasual. Ia dilengkapkan dengan baby hem yang halus dengan logo besi MyPapillon.

  


Dibuat daripada chiffon georgette, siri chiffon kami adalah mudah, minimalis dan berkualiti tinggi, dengan bentuk dan aliran yang cantik. Ia menggunakan potongan bullet iaitu dengan satu hujung melengkung dan satu hujung lurus - untuk pilihan penggayaan maksimum dan juga penutupan sempurna. Dilengkapkan dengan baby hem yang halus dan logo besi  MyPapillon.


  


Ini ialah karya agung untuk mendapatkan sengkuap sempurna dan juga merupakan kain yang sangat diingini, terutamanya untuk bakal pengantin dan pengantin. Jangan terkeliru antara organdy dan organza, kerana organza lebih digunakan untuk menbalut hadiah dan ia tidak mempunyai tekstur yang tebal seperti organdy. Ia boleh didapati dalam warna yang cantik dan terang. Ia harus dimiliki oleh mereka yang mencari kelainan dan berani dalam membuat kenyataan fesyen.

  


Hijab eksklusif ini dibuat daripada kain istimewa yang bukan sahaja memberikan penampilan menawan, tetapi juga selendang yang berkilau dan ringan. Siri ini sesuai dipakai untuk majlis yang memerlukan anda untuk berada di luar dan aktif dalam tempoh yang lama. Ia menggunakan potongan bullet, dengan satu hujung melengkung dan satu hujung lurus - untuk pilihan penggayaan maksimum dan juga penutupan sempurna. Ia dilengkapkan dengan baby hem yang halus dan dengan logo besi MyPapillon.


 Credit to : PAPILLON EXCLUSIVE VENTURES @ MyPapillon 

Ulasan

Catatan Popular